Kapsul Minyak Zaitun Extra Virgin
Nama saintifik zaitun ialah
Oleaeurofea. Tinggi pokoknya kira-kira tiga meter yang hanya tumbuh di daerah
yang beriklim Mediterranean. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum
berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K,
dan zat besi. Buah zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Bagaimanapun, Sepanyol
dan Itali
merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar. Namun begitu 40% daripada minyak
zaitun yang dijual di negara tersebut adalah berasal dari Syria.
Mengikut sejarah, beratus-ratus
tahun yang lalu, dalam puisi Romawi disebutkan bahawa buah Zaitun dapat
memulihkan dan memperkuatkan daya tahan tubuh.Sementara itu, Bapa Kedoktoran
Moden, Socrates pula menyarankan agar kita mengambil jus segar zaitun bagi
menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan. Selain itu banyak lagi
kajian oleh pakar sains yang mengatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis
antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat)
yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung. Penelitian ini
diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa jumlah penduduk Mediterranean yang
terkena serangan jantung amat kecil berbanding penduduk dunia yang lain.
Minyak zaitun yang tulen adalah
ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan
kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai kuasa untuk merawat
penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam
masakan.
Minyak zaitun boleh digunakan untuk
dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk
gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan
kerana ciri-cirinya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak
semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang
rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak
zaitun dapat merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung
koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku.
Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia
mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai
masalah akibat proses penuaan.
Mengikut hasil kajian yang
dijalankan oleh Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios
Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang
besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus.
Manakala mengikut kajian yang
diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans
Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun
menghalang pembentukan kanser kolon.
Saintis Jepun pula mendakwa minyak
zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya
daripada kanser kulit.
Ibnu Qayyim pernah meriwayatkan
bahawa minyak Zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang
gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun dan
mengeluarkan cacing.
Pakar kecantikan juga sepakat
mengatakan bahawa minyak zaitun amat berguna untuk kecantikan. Vitamin E yang
terkandung dalamnya dikatakan dapat meremajakan, menjaga kelembapan dan
kekenyalan kulit. Kononnya Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga
menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya.
Jadi tidak syak lagi bahawa minyak
zaitun ini sememangnya mempunyai khasiatnya yang unik dan dapat menyembuhkan
1001 macam jenis penyakit.
No comments:
Post a Comment