Kapsul Minyak Habbatus Sauda (HBS)
Nabi S.A.W bersabda : “ kekallah kamu (amalkan sebagai makanan) dengan Habbatus Sauda’ kerana padanya itu penawar bagi segala penyakit kecuali mati” (Riwayat Al-bukhari)
MINSYAM memilih untuk meningkatkan kualiti minyak Habbatus Sauda kami dengan memperkenalkan minyak Habbatus Sauda emas (gold Habbatus Sauda). Minyak perahan sejuk adalah yang dihasilkan dengan teknik kehangatan rendah iaitu 25 darjah selsius. (sedangkan suhu badan kita ialah 37 darjah).
Tidak dinafikan sekiranyanya terdapat elemen panas dalam proses pemerahan, maka minyak yang dihasilkan akan lebih banyak, namun cirri-ciri rasa, khasiat malahan warna akan berubah.
Sebagai contoh, sekiranya 1kg Habbatus Sauda diperah dengan teknik panas, ia dapat menghasilkan di antara 500g-750g minyak Habbatus Sauda. Berbanding dengan 150g sahaja melalui perahan sejuk.
Amat jelas minyak Habbatus Sauda perahan sejuk dihasilkan dalam bentuk kuning keemasan, berbanding perahan panas yang berwarna gelap. Anologi yang mudah, boleh dilihat pada minyak masak. Semua minyak masak baru berwarna kuning keemasan, tetapi apabila telah dipanaskan beberapa kali, warnanya akan menjadi gelap dan tidak berkhasiat lagi.
CARA PENGGUNAAN
Dos cadangan : 2 biji kapsul setiap hari selepas atau sebelum sarapan. Bila-bila diperlukan.
HARGA JUALAN
RM 12.00 / paket (Semenanjung)
RM 12.50/paket (Sabah & Sarawak)
HARGA JUALAN
Kapsul Minyak Zaitun Extra Virgin (EVO)
“Kapsul Minyak Zaitun Extra Virgin Syria” didatangkan khas dari Negara Syria yang mana ia melalui proses perahan sejuk. Perahan sejuk (cold press) sangat penting dalam menjaga nutrisi yang terkandung di dalam minyak zaitun.
Rasulullah S.A.W bersabda :
“Makanlah minyak Zaitun serta berminyaklah dengannya, kena ia keluar dari pohon yang diberkati. (Riwayat At-tirmizi)
Zaitun atau lebih dikenali dengan istilah saintifik sebagai Oleaurofa adalah tumbuhan yang beriklim Mediterranean. Pokoknya setinggi tiga meter, daunya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan zat besi. Buah Zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Manakala, Sepanyol dan Itali merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar. Namun begitu 40% daripada minyak zaitun yang dijual di Negara tersebut adalah berasal dari Syria.
CARA PENGGUNAAN
Dos cadangan : 2 biji kapsul setiap hari selepas makan. Sebaiknya diambil sebelum tidur.
HARGA JUALAN
RM 10.00 / paket (Semenanjung)
RM 10.50 / paket (Sabah & Sarawak)
Olive Lotion dengan wangian Lavender dan Rosemary adalah merupakan produk yang dihasilkan khusus untuk kegunaan luaran. Olive Lotion dihasilkan dengan menggunakan minyak zaitun murni dari Negara Syria. Kombinasi wangian di antara Lavender dan Rosemary dapat memberikan anda kesegaran sepanjang hari. Gunakan Olive Lotion untuk mendapatkan rambut yang cantik dan kulit yang lembut.
Produk ini dipek dengan enam botol di dalam satu kotak, setiap botol mengandungi 100ml.
Nabi s.a.w bersabda :
“Makanlah minyak Zaitun serta berminyaklah dengannya, kerana ia dapat merawat 70 penyakit termasuk kusta” (Attib – Abu Nu’aim)
Dalam kehidupan harian, baginda s.a.w juga sangat banyak menggunakan minyak Zaitun untuk bermiyak (sapuan) sehingga para sahabat menggambarkan Nabi s.a.w bagaikan saudagar minyak.
Perkara tersebut diriwayatkan oleh Imam At-tirmizi di dalam kitabnya As-Syamail Muhammadiyyah.
Picit dan sapukan pada kulit dan rambut setiap kali selepas mandi atau sebelum tidur.
HARGA JUALAN
RM 20.00 / Botol (Semenanjung)
RM 21.00 / Botol (Sabah&Sarawak)
Sabun Minyak Zaitun (NOS)
Natural Olive Oil Soap adalah merupakan produk sabun pencuci muka dan kulit (facial
and skin scrub) yang dihasilkan khusus untuk kegunaan luaran. Natural Olive Oil
Soap dihasilkan dengan menggunakan minyak zaitun murni dari Negara Syria sejak
lebih 1000 tahun dahulu di Aleppo, Bandar Sabun Syria. Kombinasi 85% minyak
zaitun beserta minyak daun laurel asli (Natural
Laurel Leaf Oil) dan sodium hidroksida (ekstrak garam laut) dapat membantu
memberikan kulit muka yang lembut halus, mengatasi masalah kulit muka berminyak
di samping mengubati masalah kegatalan kulit.
Produk ini didatangkan dalam bentuk
sabun pejal dengan berat bersih 200g.
Nabi s.a.w bersabda :
“Makanlah minyak Zaitun serta
berminyaklah dengannya, kerana ia dapat merawat 70 penyakit termasuk kusta” (Attib – Abu Nu’aim)
Dalam kehidupan harian, baginda s.a.w
juga sangat banyak menggunakan minyak Zaitun untuk bermiyak (sapuan) sehingga
para sahabat menggambarkan Nabi s.a.w bagaikan saudagar minyak.
Perkara tersebut diriwayatkan oleh
Imam At-tirmizi di dalam kitabnya As-Syamail Muhammadiyyah.
CARA PENGGUNAAN
Basahkan bahagian kulit berkenaan dan tangan, kemudian sapukan sabun tersebut sehingga berbuih. Biarkan untuk beberapa ketika sebelum dibilas. Amalkan setiap kali selepas mandi atau sebelum tidur.
RM 10.00 / Botol (Semenanjung)
RM 11.00 / Botol (Sabah&Sarawak)
No comments:
Post a Comment