AMALAN DAN PEMAKANAN SUNNAH
Friday, November 9, 2012
KEHEBATAN MINYAK ZAITUN
Kapsul Minyak Zaitun Extra Virgin
Nama saintifik zaitun ialah
Oleaeurofea. Tinggi pokoknya kira-kira tiga meter yang hanya tumbuh di daerah
yang beriklim Mediterranean. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum
berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K,
dan zat besi. Buah zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Bagaimanapun, Sepanyol
dan Itali
merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar. Namun begitu 40% daripada minyak
zaitun yang dijual di negara tersebut adalah berasal dari Syria.
Mengikut sejarah, beratus-ratus
tahun yang lalu, dalam puisi Romawi disebutkan bahawa buah Zaitun dapat
memulihkan dan memperkuatkan daya tahan tubuh.Sementara itu, Bapa Kedoktoran
Moden, Socrates pula menyarankan agar kita mengambil jus segar zaitun bagi
menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan. Selain itu banyak lagi
kajian oleh pakar sains yang mengatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis
antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat)
yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung. Penelitian ini
diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa jumlah penduduk Mediterranean yang
terkena serangan jantung amat kecil berbanding penduduk dunia yang lain.
Minyak zaitun yang tulen adalah
ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan
kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai kuasa untuk merawat
penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam
masakan.
Minyak zaitun boleh digunakan untuk
dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk
gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan
kerana ciri-cirinya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak
semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang
rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak
zaitun dapat merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung
koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku.
Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia
mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai
masalah akibat proses penuaan.
Mengikut hasil kajian yang
dijalankan oleh Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios
Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang
besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus.
Manakala mengikut kajian yang
diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans
Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun
menghalang pembentukan kanser kolon.
Saintis Jepun pula mendakwa minyak
zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya
daripada kanser kulit.
Ibnu Qayyim pernah meriwayatkan
bahawa minyak Zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang
gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun dan
mengeluarkan cacing.
Pakar kecantikan juga sepakat
mengatakan bahawa minyak zaitun amat berguna untuk kecantikan. Vitamin E yang
terkandung dalamnya dikatakan dapat meremajakan, menjaga kelembapan dan
kekenyalan kulit. Kononnya Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga
menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya.
Jadi tidak syak lagi bahawa minyak
zaitun ini sememangnya mempunyai khasiatnya yang unik dan dapat menyembuhkan
1001 macam jenis penyakit.
KEHEBATAN MINYAK HABBATUS SAUDA
BUKTI
KEHEBATANNYA
Khasiat
Habbatussauda bukan cakap cakap kosong.Ia disokong pelbagai kajian dan siasatan
termasuk yang dijalankan pakar perubatan Barat.
Antara
pakar perubatan dan ahli sains yang menjalan kajian ialah dari pusat ilmiah
Cancer Immunobiology Laboratory South Carolina, US, University Munich Germany,
University of Colombo, US, University of Patchefstroom, Kings College London,
College of Medicine King Faisal University, Department of biology Riyadh.
Disamping itu ramai lagi saintists yang
memaparkan hasil kajian mereka didalam pelbagai buku, majalah dan jurnal
perubatan antara bangsa.Antaranya Dr.Peter Schleicher, pakar immunisasi Eropah
mendapati Habbatussauda berhasil menyembuhkan 420 daripada 600 orang yang
mempunyai masalah alahan atau allegik.kebanyakan mereka mengidap allegik
terhadap “pollen’,debuan dan habuk,jerawat dan saraf kulit serta mempunyai daya
tahan lemah.
Saintis
di Cancer and Immuno Biological Laboratory of Germany mengesahkan Habbatussauda
mampu merangsang sumsum tulang atau “bone marrow” dan sel immunity, meningkat
penghasilan apa yang dikenali sebagai ‘interferon” dan mempertahankan sel-sel
biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Seorang lagi pakar Eropah,
Professor Michael Meurer pula mendaapati Habbatussauda berupaya menghentikan
pembengkakan atau “inflammation” dan masalah saraf kulit.
Mereka
juga mendapati Habbatussauda berupaya memusnahkan sel sel tumordan meningkatkan
jumlah antibodi yang menghasilkan apa yang dinamakan B cell.
Sebenarnya
banyak lagi hasil kajian yang didedahkan kerana sejak 1959 lebih 200 kajian
telah dijalankan.
Pakar
perubatan dan saintis menamakannya The Black Seed, Black Cumin, Black Caraway
,Nigella Sativa. Hakikatnya itulah HABBATUSSAUDA.
Ibnu
Sina
|
Ada
yang menggelarnya The Back Seed .Itu Bahasa Inggeris. Dalam Bahasa Melayu ,
bijian yang mempunyai berkat. Dalam bahasa Arab, Habbatul Barakah. Jelas
bahan yang sama itu HABBATUSAUDDA.
Hasil
kajian pakar perubatan Barat mahupun Timur adalah senada iaitu HABBATUSAUDDA
ubat pelbagai jenis penyakit dan telah digunakan sejak zaman kunor Mesir dan
Greek dengan berkesan .
Malah
tokoh cendiakawan Muslim Ibnu Sina dalam karya terbesarnya The Canon of
Medicine yang dianggap buku paling terkenal di dunia kedokteran di Timur dan
Barat menyatakan dengan jelas kehebatan bijiran hitam itu.
Namun
pengiktirafan paling besar ialah sabda Nabi Muhamamd sallallah alaihi
wassalam : Sesungguhnya Habatussaudah itu adalah ubat semua penyakit kecuali
mati.
|
UBAT
PELBAGAI PENYAKIT
Apa
wujud kah bahan yang boleh menjadi ubat untuk bermacam jenis penyakit? Jawapannya
mudah. Memang ada. Habbatussauda namanya.
Apa
yang mampu dibuat Habbatussauda? Banyak sebenarnya. Ia meningkatkan fungsi
kekebalan tubuh terhadap penyakit. Sekali gus mencegah tubuh diserangi
penyakit.
Ia
juga merangsang sumsum tulang dan sel yang perlu untuk system kekebalan
tubuh. Dalam erti kata lain ia turut melindungi sel biasa untuk melawan VIRUS
dan juga sel ketumbuhan atau apa yang dikenali sebagai SEL TUMOR.
Dengan
meningkat fungsi system kekebalan tubuh, Habbatussauda berperanan penting dalam
penyembuhan KANSER dan AIDS, dua penyakit yang paling digeruni.
|
Kromosom
antibodi
|
Habbatussauda
bertindak juga sebagai anti biotik. Dengan itu mampu menjadi pemusnah virus
yang membawa penyakit CIRIT BIRIT, DYSENTRI, RADANG PARU, KOLERA, ANTRAX ,
penyakit KULIT termasuk kudis dan bisul.
Mampu
bertindak sebagai anti alahan dan menjadi bahan anti lelah atau penyakit ASMA.
Ia
boleh menurunkan kadar kandungan gula dalam tubuh pengidap penyakit DIABETES
atau kencing manis.
Di
samping itu Habbatussauda juga mampu menurunkan kadar KOLESTEROL, meningkatkan
daya ingat , konsentrasi serta kecerdasan otak kerana mempunyai kandungan yang
merangsang sel otak dan memperbaiki peraliran darah ke otak.
Subscribe to:
Posts (Atom)